Teh Rooibos


TEH ROOIBOS BERKUALITI TINGGI SOD GOLDEN VALLEY
(RM21.00)



Produk - Minuman Kesihatan


Teh Rooibos Berkualiti Tinggi SOD Golden Valley mengandungi SOD (Super Oxidant Dismutase) yang bertindak sebagai agen anti-oksida untuk mengawal radikal bebas dalam badan. Jika tidak dikawal dan dibiar berkembang, ia boleh mendatangkan reaksi yang akan menyebabkan sel menjadi luar biasa atau cacat. Sebagai anti-oksida, Teh Rooibos dapat menghapuskan radikal bebas sekaligus menghalang kerosakan atau kecacatan sel. Teh Rooibos juga dapat membantu pembesaran sel yang sihat.

Disamping itu, Teh Rooibos merupakan penghilang dahaga yang hebat. Diimport dari Afrika Selatan, Teh Rooibos adalah minuman yang ideal sama ada panas atau sejuk, sama ada kosong atau dicampur susu, gula, limau atau madu. Pada cuaca yang panas, Teh Rooibos juga dapat dibancuh bersama dengan jus buah-buahan.

Oleh kerana Teh Rooibos tidak mengandungi kafein, ia boleh diminum sebanyak mungkin oleh ahli sukan, Ianya kaya dengan zat besi, potasium, zink, mangan dan sodium yang dapat membantu menstabilkan imbangan badan selepas sesi latihan yang meletihkan.

Malah, Teh Rooibos bukan sahaja boleh diminum. Adunan Rooibos boleh digunakan sebagai resipi untuk mendapatkan warna dan rasa ketika memanggang. Rooibos juga boleh digunakan untuk menghasilkan sup, gulai dan sos.